Sabtu, 10 Mac 2012

Aktiviti PERSIAP Sempena Lawatan Oleh Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim Ke Penjara Bentong Serta Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang

Sabtu , 10 March, 2012
Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim, isteri Menteri Besar Pahang beserta rombongan Pandu Puteri Negeri Pahang telah membuat lawatan ke Penjara Bentong , Pahang. Lawatan ini adalah bersempena dengan Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang yang di adakan di Dewan Serbaguna , Penjara Bentong, Pahang. Ketibaan rombongan telah disambut oleh TKPj Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong serta Puan Hajah Rosnani binti Mohamed, Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong. Turut menyambut rombongan tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia serta Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Terdahulu pada sebelah pagi, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia serta Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong telah menghadiri Majlis Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang yang di rasmikan oleh Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim.





Y.A.Bhg Datin Sri dan rombongan pasukan Pandu Puteri Negeri Pahang telah di bawa melawat dan meninjau sendiri aktiviti-aktiviti membuat tenunan songket, tenunan Pahang Diraja, pembuatan batik serta produk-produk pastri yang dihasilkan oleh penghuni penjara. Rombongan Pandu Puteri Negeri Pahang ini turut berpeluang membeli barangan hasil Penjara Bentong, Pahang.







Jumaat, 2 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PERSIAP PENJARA BENTONG KALI KE 3

Pada 1 March 2012 bertempat di Dewan Serbaguna  Penjara Bentong  telah diadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Bentong  Kali Ke-3  yang dirasmikan oleh TKPj Hj. Abdul Aziz bin Abdul Razak Pengarah Penjara Bentong selaku Penaung PERSIAP Penjara Bentong.

Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Bentong Kali Ke 3  dipengerusikan oleh Puan Hajjah Rosnani binti Mohamed selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong . Di majlis ini juga turut diadakan  cabutan bertuah.

Pada akhir mesyuarat , Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli diatas kehadiran, sumbangan dan tenaga kerja dalam menjayakan Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Bentong  Kali ke-3 serta kerjasama ahli-ahli dalam apa juga program yang di anjurkan oleh PERSIAP Penjara Bentong. Beliau juga berharap semoga amalan ini dapat dikekalkan dari semasa ke semasa demi kejayaan bersama.








Khamis, 12 Januari 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

Tarikh : Disember 2011
Lokasi : Pulau Langkawi, Kedah
Aktiviti : Lawatan ke Akademi Koreksional Langkawi , Perusahaan Gamat , Galeria Perdana
             Kereta Kabel Langkawi, Langkawi Geopark





Rabu, 11 Januari 2012

PERASMIAN TASKA NUR AIN PENJARA BENTONG OLEH YDP PERSIAP MALAYSIA

Pada 29 Disember, 2011 yang lalu telah berlangsung Majlis Perasmian TASKA Nur Ain Penjara Bentong. Perasmian telah di sempurnakan oleh Y.Bhg. Datin Wira Hajjah Noraini binti Haji Man – Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia. Ketibaan Y.Bhg. Datin Wira telah di sambut oleh Puan Hajjah Rosnani  binti Mohamed – Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong. Y.Bhg. Datin Wira telah memotong riben dan seterusnya menandatangani Plak Perasmian sebagai tanda perasmian TASKA Nur Ain. Taklimat ringkas perjalanan TASKA Nur Ain telah di sampaikan oleh Pengerusi TASKA Nur Ain , KIP Ainih Awang Sapli.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa PERSIAP Penjara Bentong, Ahli Jawatankuasa TASKA Nur Ain Penjara Bentong serta ibu bapa anak-anak yang terlibat.




Sabtu, 8 Oktober 2011

MALAM JASAMU DI KENANG SEMPENA PERTUKARAN NAIB PENGERUSI PERSIAP

Tarikh : 6 Oktober 2011
Masa : 9.00 malam
Tempat : Berjaya Hill Golf Resort, Bukit Tinggi , Bentong, Pahang.