Rabu, 19 September 2012

Pengerusi Dan Ahli PERSIAP Penjara Bentong Di Majlis Perpisahan TPP Hamid bin Taha

Pada 18 September 2012 bertempat di Kantin Luar Penjara Bentong telah berlangsung Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Pertukaran TPP Hamid bin Taha yang di naikan pangkat ke Penguasa Penjara dan ditukarkan  ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia . Pengerusi dan Ahli-Ahli PERSIAP turut hadir pada majlis tersebut bagi meraikan isteri kepada TPP Hamid bin Taha. Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong, Puan Hajjah Rosnani binti Mohamed telah menyampaikan cenderahati dari pihak PERSIAP kepada isteri TPP Hamid bin Taha.








Yang DiPertua PERSIAP Malaysia di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Penjara Bentong

Pada 12 September 2012 bersamaan 27 Syawal 1433H YBhg Datin Wira Hajjah Noraini binti Haji Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia telah sudi hadir bersama-sama YBhg KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar ke Majlis Sambutan Aidilfitri Penjara Bentong. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PERSIAP Penjara Bentong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian YBhg Datin Wira hadir pada majlis tersebut.