Sabtu, 8 Jun 2013

Majlis Perasmian Rumah PERSIAP Penjara Bentong

Pada 6 Jun 2013 bersamaan 27 Rejab 1434 H telah berlangsung Majlis Perasmian Rumah PERSIAP Kompleks Penjara Bentong, Pahang bertempat di Rumah PERSIAP Penjara Bentong. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Hajjah Noraini binti Haji Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Ketibaan YBhg Datin Sri di sambut oleh Puan Hajjah Rosnani binti Mohamed, Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong, Puan Hani Azlina binti Kastolani, Timbalan Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong serta ahli-ahli PERSIAP Penjara Bentong .

Majlis dimulakan dengan nyanian lagu Negaraku dan Sumpah Persiap oleh koir PERSIAP Penjara Bentong, diikuti dengan upacara perasmian dan pertandingan memasak dan gubahan yang diadili oleh YBhg Datin Sri . Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari di Dewan Perdana Penjara Bentong dan diserikan dengan persembahan karaoke oleh ahli-ahli dan anak-anak PERSIAP Penjara Bentong.


Turut hadir dalam majlis , TKPj Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong, PKP Aminon bin Adnan, PP Azhari bin Zaman dan Isteri,  Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia, Wakil PERSIAP Penjara Penor, BAKAT dari Depoh Peluru dan RAMD Bentong, PUSPANITA Bentong dan Perkumpulan Perempuan Wilayah Felda Mempaga.






























Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik daripada Pengerusi dan warga PERSIAP Penjara Bentong.


Isnin, 13 Mei 2013

Selamat Hari Ibu

Pengerusi dan seluruh warga PERSIAP Penjara Bentong mengucapkan selamat HARI IBU buat semua insan yang bergelar IBU.


Rabu, 17 April 2013

Rakaman Program " Tanyalah Ustaz " TV9

Pada 16 April 2013 ahli PERSIAP Penjara Bentong telah mengambil bahagian dalam rakaman program TV9 " Tanyalah Ustaz " yang di adakan di Sri Pentas, bandar Utama.




Sabtu, 2 Mac 2013

Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Bentong

Mesyuarat Agung Persiap Penjara Bentong telah diadakan pada 1 Mac 2013 ( Jumaat ) jam 3.00 petang bertempat di Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong, Pahang. Perasmian telah di sempurnakan oleh YS PKP Aminon bin Adnan - Timbalan Pengarah Penjara Bentong. Seramai 80 orang ahli Persiap hadir pada mesyuarat kali ini.