Isnin, 23 April 2012

Program Ceramah Pemakanan Seimbang Untuk Kanak-Kanak

Pada 20 April, 2012 PERSIAP Penjara Bentong telah mengadakan program Ceramah Pemakanan Seimbang Untuk Kanak-Kanak dengan kerjasama Syarikat  Danone Dumex (M) Sdn. Bhd. Program dimulakan jam 8.00 pagi dengan acara senamrobik yang di kendalikan oleh Puan Saunah binti Mat Nasir di ikuti dengan Ceramah Nutrisi yang di sampaikan oleh Cik Tee Chin Kim dari Syarikat  Danone Dumex (M) Sdn. Bhd.
Seramai 40 orang ahli PERSIAP hadir mengikuti program ini. Objektif program ini adalah untuk memberi dan menambah pengetahuan kepada ahli-ahli PERSIAP mengenai kepentingan pemakanan yang seimbang untuk kanak-kanak semasa proses pembesaran. Juga memberi pendedahan ilmu cara penyediaan makanan kepada  anak-anak dengan menggunakan sukatan alternative serta mengeratkan tali silaturrahim antara ahli PERSIAP yang hadir. Program berakhir pada jam 12.00 tengahari  dengan penyampaian sijil kepada ahli-ahli PERSIAP yang hadir.