Sabtu, 10 Mac 2012

Aktiviti PERSIAP Sempena Lawatan Oleh Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim Ke Penjara Bentong Serta Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang

Sabtu , 10 March, 2012
Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim, isteri Menteri Besar Pahang beserta rombongan Pandu Puteri Negeri Pahang telah membuat lawatan ke Penjara Bentong , Pahang. Lawatan ini adalah bersempena dengan Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang yang di adakan di Dewan Serbaguna , Penjara Bentong, Pahang. Ketibaan rombongan telah disambut oleh TKPj Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong serta Puan Hajah Rosnani binti Mohamed, Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong. Turut menyambut rombongan tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia serta Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Terdahulu pada sebelah pagi, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia serta Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong telah menghadiri Majlis Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang yang di rasmikan oleh Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim.





Y.A.Bhg Datin Sri dan rombongan pasukan Pandu Puteri Negeri Pahang telah di bawa melawat dan meninjau sendiri aktiviti-aktiviti membuat tenunan songket, tenunan Pahang Diraja, pembuatan batik serta produk-produk pastri yang dihasilkan oleh penghuni penjara. Rombongan Pandu Puteri Negeri Pahang ini turut berpeluang membeli barangan hasil Penjara Bentong, Pahang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan