Rabu, 11 Januari 2012

PERASMIAN TASKA NUR AIN PENJARA BENTONG OLEH YDP PERSIAP MALAYSIA

Pada 29 Disember, 2011 yang lalu telah berlangsung Majlis Perasmian TASKA Nur Ain Penjara Bentong. Perasmian telah di sempurnakan oleh Y.Bhg. Datin Wira Hajjah Noraini binti Haji Man – Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia. Ketibaan Y.Bhg. Datin Wira telah di sambut oleh Puan Hajjah Rosnani  binti Mohamed – Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong. Y.Bhg. Datin Wira telah memotong riben dan seterusnya menandatangani Plak Perasmian sebagai tanda perasmian TASKA Nur Ain. Taklimat ringkas perjalanan TASKA Nur Ain telah di sampaikan oleh Pengerusi TASKA Nur Ain , KIP Ainih Awang Sapli.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa PERSIAP Penjara Bentong, Ahli Jawatankuasa TASKA Nur Ain Penjara Bentong serta ibu bapa anak-anak yang terlibat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan