Selasa, 17 Julai 2012
Pengerusi Dan Ahli PERSIAP Penjara Bentong Di Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Pertukaran Dan Persaraan Pegawai Kanan
Kelab Pegawai Kanan Penjara Bentong telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Pertukaran Dan Persaraan untuk 3 orang Pegawai Kanan pada 16 Julai 2012 bertempat di Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong. Dalam majlis ini Pengerusi dan Ahli PERSIAP turut dijemput untuk sama-sama meraikan isteri-isteri pegawai tersebut. Puan Hajjah Rosnani bin Mohamed , Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong juga telah sudi untuk menyampaikan cenderahati dari PERSIAP.
Selasa, 8 Mei 2012
Pertandingan Memasak Dan Memancing PERSIAP Malaysia
Pada 5 Mei 2012 PERSIAP Penjara Bentong telah menghantar peserta untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak dan Memancing PERSIAP Malaysia yang berlangsung di Penjara Penor , Kuantan, Pahang. Walaupun tidak mendapat keputusan yang baik, namun ianya dapat dijadikan platform untuk memperbaiki persembahan dan dapat menimba pengalaman agar di pertandingan akan datang keputusan akan menjadi lebih baik.

Isnin, 23 April 2012
Program Ceramah Pemakanan Seimbang Untuk Kanak-Kanak
Pada 20 April, 2012 PERSIAP Penjara Bentong telah mengadakan program Ceramah Pemakanan Seimbang Untuk Kanak-Kanak dengan kerjasama Syarikat Danone Dumex (M) Sdn. Bhd. Program dimulakan jam 8.00 pagi dengan acara senamrobik yang di kendalikan oleh Puan Saunah binti Mat Nasir di ikuti dengan Ceramah Nutrisi yang di sampaikan oleh Cik Tee Chin Kim dari Syarikat Danone Dumex (M) Sdn. Bhd.
Seramai 40 orang ahli PERSIAP hadir mengikuti program ini. Objektif program ini adalah untuk memberi dan menambah pengetahuan kepada ahli-ahli PERSIAP mengenai kepentingan pemakanan yang seimbang untuk kanak-kanak semasa proses pembesaran. Juga memberi pendedahan ilmu cara penyediaan makanan kepada anak-anak dengan menggunakan sukatan alternative serta mengeratkan tali silaturrahim antara ahli PERSIAP yang hadir. Program berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan penyampaian sijil kepada ahli-ahli PERSIAP yang hadir.
Sabtu, 10 Mac 2012
Aktiviti PERSIAP Sempena Lawatan Oleh Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim Ke Penjara Bentong Serta Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang
Sabtu , 10 March, 2012
Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim, isteri Menteri Besar Pahang beserta rombongan Pandu Puteri Negeri Pahang telah membuat lawatan ke Penjara Bentong , Pahang. Lawatan ini adalah bersempena dengan Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang yang di adakan di Dewan Serbaguna , Penjara Bentong, Pahang. Ketibaan rombongan telah disambut oleh TKPj Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong serta Puan Hajah Rosnani binti Mohamed, Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong. Turut menyambut rombongan tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia serta Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Terdahulu pada sebelah pagi, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia serta Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong telah menghadiri Majlis Perasmian Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang yang di rasmikan oleh Y.A.Bhg Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Junaini Kassim.Y.A.Bhg Datin Sri dan rombongan pasukan Pandu Puteri Negeri Pahang telah di bawa melawat dan meninjau sendiri aktiviti-aktiviti membuat tenunan songket, tenunan Pahang Diraja, pembuatan batik serta produk-produk pastri yang dihasilkan oleh penghuni penjara. Rombongan Pandu Puteri Negeri Pahang ini turut berpeluang membeli barangan hasil Penjara Bentong, Pahang.
Jumaat, 2 Mac 2012
MESYUARAT AGUNG PERSIAP PENJARA BENTONG KALI KE 3
Pada 1 March 2012 bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Bentong telah diadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Bentong Kali Ke-3 yang dirasmikan oleh TKPj Hj. Abdul Aziz bin Abdul Razak Pengarah Penjara Bentong selaku Penaung PERSIAP Penjara Bentong.
Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Bentong Kali Ke 3 dipengerusikan oleh Puan Hajjah Rosnani binti Mohamed selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong . Di majlis ini juga turut diadakan cabutan bertuah.
Pada akhir mesyuarat , Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli diatas kehadiran, sumbangan dan tenaga kerja dalam menjayakan Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Bentong Kali ke-3 serta kerjasama ahli-ahli dalam apa juga program yang di anjurkan oleh PERSIAP Penjara Bentong. Beliau juga berharap semoga amalan ini dapat dikekalkan dari semasa ke semasa demi kejayaan bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)