Pada 16 April 2013 ahli PERSIAP Penjara Bentong telah mengambil bahagian dalam rakaman program TV9 " Tanyalah Ustaz " yang di adakan di Sri Pentas, bandar Utama.
Rabu, 17 April 2013
Sabtu, 2 Mac 2013
Mesyuarat Agung PERSIAP Penjara Bentong
Mesyuarat Agung Persiap Penjara Bentong telah diadakan pada 1 Mac 2013 ( Jumaat ) jam 3.00 petang bertempat di Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong, Pahang. Perasmian telah di sempurnakan oleh YS PKP Aminon bin Adnan - Timbalan Pengarah Penjara Bentong. Seramai 80 orang ahli Persiap hadir pada mesyuarat kali ini.
Rabu, 27 Februari 2013
Selasa, 11 Disember 2012
Lawatan PERSIAP Bentong Ke Pulau Langkawi, Kedah
Pada 7 Disember 2012, seramai 36 orang ahli PERSIAP Penjara Bentong dan keluarga telah membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi, Kedah. Lawatan bermula dari 7 - 9 Disember 2012. Terima kasih kepada Pengarah serta PERSIAP Akademi Koreksional Langkawi yang telah sudi menyambut dan menyediakan penginapan kepada ahli-ahli PERSIAP Penjara Bentong dan keluarga.
Rabu, 24 Oktober 2012
Penyerahan Sumbangan PERSIAP Malaysia Untuk Pesakit Kronik Penjara Bentong
Penjara Bentong - 22 Oktober 2012
Telah berlangsung satu majlis ringkas penyampaian sumbangan dari PERSIAP Malaysia kepada pesakit anak-anak dan ahli PERSIAP Penjara Bentong yang mengidap penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan rawatan yang tinggi. Sumbangan telah di sampaikan oleh Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar - Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia Datin Sri Hajjah Noraini binti Man, TKPj Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak ( Pengarah Penjara Bentong ) dan Puan Hajjah Rosnani binti Mohamed , Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong.

Langgan:
Catatan (Atom)