Rabu, 27 Februari 2013

Rakaman Program Astro - Primadona

Ahli-Ahli PERSIAP Penjara Bentong telah mengambil bahagian dalam rakaman program Astro - Primadona









Selasa, 11 Disember 2012

Lawatan PERSIAP Bentong Ke Pulau Langkawi, Kedah

Pada 7 Disember 2012, seramai 36 orang ahli PERSIAP Penjara Bentong dan keluarga telah membuat lawatan  ke tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi, Kedah. Lawatan bermula dari 7 - 9 Disember 2012. Terima kasih kepada Pengarah serta PERSIAP Akademi Koreksional Langkawi yang telah sudi menyambut dan menyediakan penginapan kepada ahli-ahli PERSIAP Penjara Bentong dan keluarga.










Rabu, 24 Oktober 2012

Penyerahan Sumbangan PERSIAP Malaysia Untuk Pesakit Kronik Penjara Bentong

Penjara Bentong - 22 Oktober 2012
Telah berlangsung satu majlis ringkas penyampaian sumbangan dari PERSIAP Malaysia kepada pesakit anak-anak dan ahli PERSIAP Penjara Bentong yang mengidap penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan rawatan yang tinggi. Sumbangan telah di sampaikan oleh Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar - Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia Datin Sri Hajjah Noraini binti Man, TKPj Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak ( Pengarah Penjara Bentong ) dan Puan Hajjah Rosnani binti Mohamed , Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong.














Rabu, 19 September 2012

Pengerusi Dan Ahli PERSIAP Penjara Bentong Di Majlis Perpisahan TPP Hamid bin Taha

Pada 18 September 2012 bertempat di Kantin Luar Penjara Bentong telah berlangsung Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Pertukaran TPP Hamid bin Taha yang di naikan pangkat ke Penguasa Penjara dan ditukarkan  ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia . Pengerusi dan Ahli-Ahli PERSIAP turut hadir pada majlis tersebut bagi meraikan isteri kepada TPP Hamid bin Taha. Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong, Puan Hajjah Rosnani binti Mohamed telah menyampaikan cenderahati dari pihak PERSIAP kepada isteri TPP Hamid bin Taha.








Yang DiPertua PERSIAP Malaysia di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Penjara Bentong

Pada 12 September 2012 bersamaan 27 Syawal 1433H YBhg Datin Wira Hajjah Noraini binti Haji Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia telah sudi hadir bersama-sama YBhg KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar ke Majlis Sambutan Aidilfitri Penjara Bentong. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PERSIAP Penjara Bentong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian YBhg Datin Wira hadir pada majlis tersebut.